Perjalanan usia yang jauh menjadikan kita semakin memahami erti kehidupan sebenar lalu menghargainya sebagai suatu kenangan dan pengalaman yang tidak boleh dijualbeli.
Sunday, May 23, 2010
Pisang dan manfaatnya
Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.
Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.
PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.
Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.
Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.
Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).
Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.
Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.
Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.
Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.
Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.
Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.
Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.
Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.
Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).
Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.
Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.
Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.
Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!
Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.
Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”
Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering.
Menakjubkan!
Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.
Kedai bangsa ku..
Hari ni..aku nak pergi fotostat. Itu satu niat dalam hati. Nak fotostat kat mana ? Kedai Melayu @ kedai bukan Melayu.. Aah ..fotostat saja di tempat yang mudah dan tak banyak kerenah. Tempat yang pasti tak merugikan dan menyusahkan diri sendiri.
Tapi hati aku kurang setuju dengan cadangan kepala otak aku ni. Jadi..aku pun tekadkan niat untuk pergi fotostat kat kedai bangsa aku...kedai Melayu la..Tujuannya logik juga..Boleh la juga untuk bantu hidupkan kedai bangsa sendiri..walaupun nilai RM yang nak digunakan tak banyak pun ..Mungkin empat lima ringgit saja..
Aku pun ambil contoh bahan untuk difotostat..Hidupkan enjin motosikal dan tunggang menghala ke arah kedai tu. Jam dah hampir ke pukul dua belas tengah hari. Dekat lima kilometer juga untuk sampai ke kedai tu. Dengan penuh keazaman aku ke kedai tu...
Ketika hampir kedai tu..dari jauh aku ternampak pintu kedai itu tertutup rapat.. Cis..dasar...aku rasa sangat geram apabila mendapati kedai tu tak dibuka hari ni. Aku cuba fikir dengan kepala otak aku ni..hari ni hari apa?
Betul la..hari ni hari Sabtu..sepatutnya kedai ni dibuka..Kedai ni selalunya ditutup pada hari Ahad. Aku rasa sangat tertipu..Penat saja usaha ku ke sini.. Kan tadi kepala otak aku dah kata..pergi saja ke kedai yang tak menyusahkan..biarlah kedai tu milik siapa pun asalkan kerja tak terbengkalai..hiss.. geram betul aku..
Penat sesia saja usaha dan niat baik aku..Awat la macam ni cara bangsa aku berniaga..? Ikut suka hati saja..Ingat nak buka kedai..buka..ingat nak tutup kedai ..terus tutup. Tiada langsung nak ambil kira kepentingan dan kepercayaan pelanggan. Apakah pengusaha kedai ni tak fikir akan kepentingan dan kepercayaan pelanggan terhadap mereka. Sikap sebegini sebenarnya memusnahkan kepercayaan dan keyakinan pelanggan terhadap mereka..
Aku ni dah datang dah ke kedai.. Bahan aku perlu difotostat untuk digunakan pagi esok. Kedai yang dicari tak buka pula..Apa pun ..aku perlu cari kedai lain..kedai fotostat yang dibuka.Apa lagi..hidupkan enjin motosikal..Boleh blah la..cari kedai lain plakkk.
Terus menghala ke arah Arau..dekat dengan Uitm..Ha..buka pun.. Kedai siapa lagi..yang sentiasa buka..dan terus buka ikut jadual yang dah serasi dengan pelanggan. Kedai fotostat bangsa Cina la.."Cikgu nak fotostat ka..? Mai sini..saya buatkan.."
Sekejap saja ..Tak sampai pun lima minit.. Siap 80 salinan. "RM4 saja, cikgu!"...Laa..sudah dah fotostat aku. Nyesal aku..kenapa tadi aku tak terus datang ke sini. Mengapa aku tak ikut nasihat kepala otak dan mengapa aku ikut nasihat hati?
Kalau aku ikut nasihat kepala otakku..tentu aku tak rugi masa..tak rugi minyak.. tak letih..tak tension ..tak rugi duit..

Monday, May 17, 2010
Gotong-royong..
Bandar baru Arau...
Petang ni aku pergi ke Cmart..mercu tanda baru bagi bandar Arau. Satu lagi pembangunan terbaru di pekan Arau setelah sekian lama agak tandus dengan pembangunan. Terletak bersebelahan dengan tapak pasar malam dan market Arau.
Cmart menjadi pemangkin kepada perkembangan bandar baru ni..rasanya kalau tak ada Cmart ni..pekan Arau masih macam dulu juga ler..Slow saja setiap hari. Tapi bagus juga keadaan slow ni.. parkir tiada masalah. Tak sesak dan tak kalut..Suasana yang cukup aku suka..
Kedai di sekitarnya masih lagi belum berfungsi.. Cuma Cmart saja yang dibuka..
Hari ni merupakan hari cuti di Perlis sempena Keputeraan Raja Perlis..Jadi..hari ni ramai ler orang kat sini..
Semoga..Arau akan terus berkembang dan memberikan kemudahan yang sewajarnya untuk penduduk. Arau dah ada Uitm, politeknik, Unimaps..Stesen keretapi pun ada..Dah tu bandar Diraja pula..Masjid negeri pun di sini..Dihubungkan pula dengan lebuhraya utara -selatan..jadi eloklah bandar ni terus berkembang sepatutnya selaras dengan cara hidup masyarakat setempat..

Sunday, May 16, 2010
Landskap berubah @ ubah landskap..
Dulu..dulu..di sini dipenuhi dengan pokok tebu..sejauh mata memandang..Sekarang..semua berubah. Dasar berubah..landskap juga berubah..Hilang tebu..diganti dengan pokok getah pula..sesetengah tempat ditanam dengan kelapa sawit..
Bagi aku..bagus juga tanam getah dan kelapa sawit..kami yang tinggal di sekitar kawasan ni akan terselamat daripada ancaman 'salji hitam' hasil daripada pembakaran tebu semasa musim penebangan tebu. Satu lagi..cuaca akan bertambah sejuk semula.. banyak pokok besar berbanding dengan pokok tebu yang menyebabkan cuaca panas dan terik...
Apa pun..landskap tetap berubah..
Pokok lampu...lampu pokok...
Inilah rupa pemandangan yang ada di sepanjang jalan-jalan di bandar Kangar..dihiasi dengan lampu..cantik juga..
Aku tak sempat nak ambil gambar kat tempat lain tetapi keadaannya hampir sama ja..cahaya lampu digunakan untuk hiasi sepanjang jalan di bandar Kangar..
Apa pun..menarik juga..Ni sempena sambutan keputeraan Tuanku Raja 2010..
Friday, May 14, 2010
Hari Guru...2010..
Hari Guru akan diulang sambut sekali lagi pada hari Selasa ni di sekolah-sekolah bagi peringkat negeri Perlis. Tarikh sebenar sambutan Hari Guru ialah pada 16 Mei. Hal ini kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
Kali ini..entah kali ke berapa sambutan Hari Guru diulang sambut..Aku tak mahu kira..Biarlah berapa kali pun disambut..Bagi aku , perkara tu tak penting. Ada perkara yang lebih penting bagi aku untuk dikaitkan dengan Hari Guru ni.
Antara perkara yang penting untuk dikaitkan dengan Hari Guru ialah sejauh mana pengiktirafan masyarakat terhadap profesion perguruan sebagai suatu kerjaya yang bermakna dalam negara Malaysia.Sejak aku mula jadi guru..dah masuk tahun ke 21..Kerja sebagai guru semakin membebankan berbanding dengan kebajikan untuk kaum guru. Ini suatu realiti...
Nak tahu kebajikan seorang guru tu terbela atau tidak..lihat saja tempat kerja cikgu-cikgu. Mula kerja dulu aku dipostingkan ke sebuah sekolah di hulu Sungai Dinding. Meja aku terpaksa kongsi dengan beberapa orang kawan. Bukan meja pejabat tetapi lebih kepada meja makan..meja kantin. Semua buku diletakkan di atas meja tu..Buku cikgu..buku rujukan..buku latihan..alatan mengajar..Kadang-kadang..alatan sukan pun ada.
Sekarang ni agak baik sedikit ..dapat meja peribadi. Meja saja dapat sorang satu tetapi meja tu bersambung-sambung dengan meja kekawan lain.Duduk rapat-rapat sebab bilik guru sempit.Bayangkan kalau sekolah aku ada dua puluh orang guru..mesti ada dua puluh meja..Penuh bilik guru tu. Bilik guru tu pula tak dak penghawa dingin. Cuma ada tiga kipas siling..Tu pun nasib baik jika kipas tu pusing..
Di bilik yang sempit dan panas inilah cikgu nak reka dan rancang pengajaran murid-murid. Di sini juga cikgu nak semak latihan murid-murid. Nak buat semua kerja yang diserahkan..Kerja perlu siap..buat la walau pun panas dan tak selesa. Mesti ada pula orang yang kata..kerja lain lagi tak selesa..
Dulu-dulu..zaman aku masih murid..aku nampak cikgu aku cuma mengajar dalam kelas dan kat padang..jadi dalam minda aku..jadi cikgu tu cuma mengajar..tak dak kerja lain lagi..Best jadi cikgu. Tetapi setelah aku jadi cikgu..Rupa-rupanya..cikgu bukan saja mengajar.. Ha..ha..padan muka aku..
Cikgu mesti mengajar..Jika tidak..itu bukan cikgu. Setelah mengajar, cikgu perlu semak kerja murid. Ini satu kewajipan. Okey..masih boleh diterima. Cikgu juga perlu buat kerja perkeranian. Isi semua borang yang diserahkan. Borang murid..borang guru..borang alatan.. Beri maklumat itu dan ini. Jadi juru wang..Kutip segala jenis yuran..Tak pa..terima sajalah..Mungkin ini pun kerja guru. Redha sajalah..
Empat lima tahun kebelakangan ni..kerja lagi banyak. Stok barangan dan alatan pun cikgu kena buat. Stok buku..stok komputer, stok pelbagai barangan...masukkan data murid..data guru..staff. Waduh..Cikgu juga kena jadi pustakawan..nasib tak baik..perlu jadi teknisyen komputer..sebab sekolah tak ada teknisyen..Kekadang jadi juru latih..juru latih sukan dan macam-macam..Tukang bawa budak ke kem-kem, sukan dan sebagainya.
Ini yang mampu aku catatkan. Ada banyak lagi kerja guru rupanya. Aku pun dah tak larat nak tulis tentang kerja cikgu ni..dah jemu..cemuih dah. Macam-macam ada..Cuma, harapan aku semoga sambutan Hari Guru pada tahun ni dan akan datang akan membawa berita yang menggembirakan. Berita yang mengurangkan bebanan tugas..yang lebih memberikan peluang kepada guru untuk fokus kepada proses pengajaran dan pembelajaran.. supaya murid jadi lebih faham dan lebih cerdik sebagai seorang manusia.
Berilah kami guru-guru..ruang masa yang cukup untuk bekerja sebagai seorang guru secara berkesan. Masa yang terhad..kerja semakin bertambah. Bolehkan kerja dilakukan secara efisien?
Masa rasmi banyak habis untuk tugas bukan mengajar..cikgu tak boleh masuk kelas..buat itu ..buat ini yang dikehendaki dengan segera..tarikh serahan nak tamat. Murid ketinggalan dalam pelajaran..cikgu kena pula buat kelas tambahan untuk baiki prestasi murid.. Buat kelas tambahan pada hari cuti atau waktu petang dan malam ..Inilah realitinya..letih..letih..
Berilah pembantu..penjaga stor untuk buat stok..pustakawan untuk jaga perpustakaan..kerani untuk kerja perkeranian..juru teknik untuk makmal ict..juru latih sukan..kaunselor..dan macam-macam jawatan boleh diwujudkan untuk mengurangkan tekanan bebanan kerja guru di samping boleh mewujudkan pekerjaan untuk rakyat Malaysia. Jadi.. pengangguran boleh dikurangkan..

Sunday, May 9, 2010
Kopi Kawe Lite
Versi baru Kopi Kawe..nama dia Kopi kawe Lite..entah pasai apa aku cukup serasi dengan kopi ni..kesan meminumnya cukup baik untuk kesihatan aku..sejak mengamalkan minuman ni ..aku dah jarang demam..rasanya badan aku lebih berdaya tahan terhadap penyakit yang sering aku hadapi dulu-dulu..
Aku minum tak banyak..sepeket saja sehari..Minum semasa rilek-rilek di waktu petang. Kekadang dua hari sekali..tanpa gula..santai..bebaskan tekanan setelah seharian berhempas pulas dengan bahan mentah produk aku yang kurang berkualiti..
Bagi aku produk ini cukup baik untuk orang lelaki..Sihat , kuat dan mantap..Tetapi ...bersenam adalah wajib..maksudnya minum kopi ni tanpa bersenam kurang berkesan..cuma senaman ringan untuk perbetulkan semula urat saraf dan mengeluarkan peluh... jogging ka selama 30 minit setiap hari..Dah hampir dua tahun aku dan geng aku amalkan minuman ni..Tak caya..boleh cuba sendiri tapi jangan lebih-lebih..panas ...
Thursday, May 6, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)