Pages - Menu

Sunday, April 25, 2010

Beehoon ciluk..

Aku teringat kisah ni yang berlaku beberapa tahun yang lalu. Aku dan sedara aku telah berkunjung ke Ipoh untuk berjumpa seorang rakan sedara aku. Rakan sedara aku ni seorang Cina Muslim . Dia berkahwin dengan seorang perempuan Melayu dari Bota, Perak. Kawan ni berniaga untuk menyara kehidupannya dengan menghantar barangan keperluan ke gerai dan kedai orang Melayu.

Semasa di sana, kawan Cina Muslim ni telah bawa kami ke suatu tempat bersebelahan dengan landasan keretapi Ipoh. Aku rasa tempat tu macam kampung setinggan saja. Tetapi entah lah..setinggan atau tidak. Di situ kami berkunjung ke rumah seorang India. India ni kerjanya menjual kambing import. Ada macam-macam jenis kambing.

Hebatnya, semua kambing ni ditempatkan di halaman rumahnya saja yang luasnya sekangkang kera. Walau pun keluasan tanah hanya sekangkang kera tetapi orang India tu boleh bela dan jual kambing import di situ. Soal bau dan tahi kambing tak perlu lah ditanya.. Bau memang bau..bau haring..tahi kambing dibersihkan tapi dilonggokkan setempat sebelum dibuang.

Pengajarannya adalah tentang semangat dan daya usaha si India yang hebat..walau tiada ruang tetapi dia dan keluarganya sanggup tinggal dengan kambing untuk menjayakan misinya..Itu cerita tentang India dan kambing..

Selepas tu..kawan Cina Muslim ni ajak kami tiga beradik untuk ke kilang beehoon yang terletak di kawasan sebelah pagar dengan rumah si India ni..Semasa sampai di pintu pagar kilang beehoon ni, pintu besar kilang ni terbuka luas. Seorang perempuan Cina keluar menjenguk kedatangan kami. Selepas dia melihat kami ada bersama kawan Cina Muslim tu, dia segera tutup pintu besar kilang beehoon tu.

Kawan Cina Muslim ni terpaksa turun van dan cakap sesuatu dalam bahasa Cina. Setelah slow talk seketika, pintu kilang tu dibuka semula. Dia memperkenalkan kami kepada pihak kilang. Kami dibenarkan masuk ke dalam kilang. Aku nampak semua pekerja kilang tu terdiri daripada orang Cina dan India. Tak ada seorang pun muka Melayu kat situ.

Aku nampak beehoon diletakkan atas bekas buluh. Ada sesetengahnya diletakkan atas lantai simen. Lantai simen tu nampak bersih tapi lantai tu juga dipijak orang yang bekerja di situ. Aku jalan-jalan dalam kilang tu.. nampak okey saja. Tiba-tiba aku ternampak longgokkan bungkusan plastik untuk membungkus beehoon.. Wah, hebat nampaknya kilang ni.

Bungkusan ni ada pelbagai jenama..Ada yang menggunakan cap Menara Masjid. Ada yang guna nama Melayu, Cina dan sebagainya.Rupanya kilang beehoon ni packing beehoon guna pelbagai jenama..Melayu ada, Cina ada..pelbagai la orang kata..Tapi aku tak kata apa-apa ..diam sudah ler..

Tokey kilang ni sibuk cakap dengan kawan Cina Muslim tu..cakap Cina la..sepatah pun kami tak faham..lepas tu..sewaktu nak balik , tokey ni beri kami beberapa bungkus beehoon..semuanya cap Menara Masjid dan pakai nama Melayu..Nama orang Bota pun ada..Kami ambil la..nanti tokey tu kecik hati pula.

Kawan Cina Muslim ni pula ambil banyak beehoon ni.. katanya untuk dihantar ke kedai makan dan warung yang dah order kat dia..Penuh gak van tu.. Selepas tu kami pun bergerak meninggalkan kilang tu..

Sepanjang perjalanan..aku terfikir dalam benak aku..rupanya gitu cara orang buat dan jual beehoon..Tukang buat, tukang hasil beehoon tak semestinya orang Islam dan Melayu walaupun jenamanya cap Menara Masjid dan guna nama Melayu Muslim..ada alamat kampung Melayu pulak tu..

Pengajarannya..jenama tidak semestinya dapat membuktikan asal-usul sesuatu makanan itu buatan Muslim sejati..Potensi untuk tipu sangat tinggi..jadi aku perlu lebih hati-hati jika nak makan..jenama boleh direka..bungkusan boleh dicetak dan dibuat..ketulenan makanan sukar utk dipastikan..

1 comment:

Hazwan said...

pengajarannya:jangan menilai sesuatu benda dr luarannya saje =)

salam ziarah~~