Pages - Menu

Friday, April 30, 2010

Belajar..mengajar & kurang ajar..

Betul kata sesetengah orang..jadi cikgu mudah dapat penyakit darah tinggi..mudah juga dapat penyakit jiwa. Bukannya minta..aku memang tak mau semua penyakit ni ..Tapi kerjaya ini mendedahkan diri kepada risiko tersebut..

Guru kerjanya mengajar..mendidik murid-murid memahami seuatu yang tak difahami. Susahnya nak ajar orang supaya faham sesuatu yang tak faham.Jadi guru perlu reka dan cipta pengajaran supaya murid faham..supaya murid mengerti sesuatu perkara..

Jadi guru pun ajar dengan kaedah dan teknik yang telah dirancang..Dalam pengajaran dan pembelajaran , mesti ada latihan. Tanpa latihan, tanpa amali..sama macam orang cakap kosong..tak berkesan pengajaran tu..

Di sinilah masalah tu.. Murid zaman sekarang amat tidak suka buat latihan. Sama ada malas atau memang sikap murid-murid begitu. Latihan tak boleh banyak..sikit pun tak disiapkan, apatah lagi kalau banyak..jangan harap nak buat. Adalah sesetengah murid yang baik ..yang sanggup menyiapkan latihan..

Jumlah yang selalu tak siapkan latihan tu tidaklah mencecah sampai separuh kelas tetapi mencapai juga 1/4 kelas..jumlah ni kira banyak sebab jadi ancaman prestasi keseluruhan kelas.

Jika latihan tak siap bermakna murid berkemungkinan tak faham apa yang diajar oleh guru.Pengajaran akan terganggu...nak kena ulang topik dan kemahiran..sama juga sebab murid tetap tak siapkan latihan.

Apabila keadaan ni terjadi, apa cikgu boleh buat? Nak marah tak boleh, denda pun tak boleh. Tiada hukuman yang boleh dilaksanakan untuk memaksa murid menyiapkan kerja sekolah. Murid dah tahu cikgu tak boleh paksa..Ada yang kata, cikgu kena pujuk murid-murid. Gunakan psikologi. Beri hadiah..beri ganjaran..okey..kita beri hadiah dan ganjaran sebagai rangsangan tetapi keadaan tak berubah..Murid semakin banyak lemak..

Ibu bapa pula tak memainkan peranan yang sepatutnya..anak gagal..mudah saja..salahkan cikgu tu..orang atas pun salahkan cikgu tu..mengajar tak reti..Mungkin betul cikgu dah semakin tak reti mengajar. Cikgu buat kelas..murid tak hadir. Cikgu buat tuisyen pun murid tak hadir. Beri latihan , murid tak buat. Cikgu bising , terus murid ponteng..So..boleh ker cikgu nak ajar? Mungkin cikgu kena belajar mengajar secara PJJ pula..

Sunday, April 25, 2010

Beehoon ciluk..

Aku teringat kisah ni yang berlaku beberapa tahun yang lalu. Aku dan sedara aku telah berkunjung ke Ipoh untuk berjumpa seorang rakan sedara aku. Rakan sedara aku ni seorang Cina Muslim . Dia berkahwin dengan seorang perempuan Melayu dari Bota, Perak. Kawan ni berniaga untuk menyara kehidupannya dengan menghantar barangan keperluan ke gerai dan kedai orang Melayu.

Semasa di sana, kawan Cina Muslim ni telah bawa kami ke suatu tempat bersebelahan dengan landasan keretapi Ipoh. Aku rasa tempat tu macam kampung setinggan saja. Tetapi entah lah..setinggan atau tidak. Di situ kami berkunjung ke rumah seorang India. India ni kerjanya menjual kambing import. Ada macam-macam jenis kambing.

Hebatnya, semua kambing ni ditempatkan di halaman rumahnya saja yang luasnya sekangkang kera. Walau pun keluasan tanah hanya sekangkang kera tetapi orang India tu boleh bela dan jual kambing import di situ. Soal bau dan tahi kambing tak perlu lah ditanya.. Bau memang bau..bau haring..tahi kambing dibersihkan tapi dilonggokkan setempat sebelum dibuang.

Pengajarannya adalah tentang semangat dan daya usaha si India yang hebat..walau tiada ruang tetapi dia dan keluarganya sanggup tinggal dengan kambing untuk menjayakan misinya..Itu cerita tentang India dan kambing..

Selepas tu..kawan Cina Muslim ni ajak kami tiga beradik untuk ke kilang beehoon yang terletak di kawasan sebelah pagar dengan rumah si India ni..Semasa sampai di pintu pagar kilang beehoon ni, pintu besar kilang ni terbuka luas. Seorang perempuan Cina keluar menjenguk kedatangan kami. Selepas dia melihat kami ada bersama kawan Cina Muslim tu, dia segera tutup pintu besar kilang beehoon tu.

Kawan Cina Muslim ni terpaksa turun van dan cakap sesuatu dalam bahasa Cina. Setelah slow talk seketika, pintu kilang tu dibuka semula. Dia memperkenalkan kami kepada pihak kilang. Kami dibenarkan masuk ke dalam kilang. Aku nampak semua pekerja kilang tu terdiri daripada orang Cina dan India. Tak ada seorang pun muka Melayu kat situ.

Aku nampak beehoon diletakkan atas bekas buluh. Ada sesetengahnya diletakkan atas lantai simen. Lantai simen tu nampak bersih tapi lantai tu juga dipijak orang yang bekerja di situ. Aku jalan-jalan dalam kilang tu.. nampak okey saja. Tiba-tiba aku ternampak longgokkan bungkusan plastik untuk membungkus beehoon.. Wah, hebat nampaknya kilang ni.

Bungkusan ni ada pelbagai jenama..Ada yang menggunakan cap Menara Masjid. Ada yang guna nama Melayu, Cina dan sebagainya.Rupanya kilang beehoon ni packing beehoon guna pelbagai jenama..Melayu ada, Cina ada..pelbagai la orang kata..Tapi aku tak kata apa-apa ..diam sudah ler..

Tokey kilang ni sibuk cakap dengan kawan Cina Muslim tu..cakap Cina la..sepatah pun kami tak faham..lepas tu..sewaktu nak balik , tokey ni beri kami beberapa bungkus beehoon..semuanya cap Menara Masjid dan pakai nama Melayu..Nama orang Bota pun ada..Kami ambil la..nanti tokey tu kecik hati pula.

Kawan Cina Muslim ni pula ambil banyak beehoon ni.. katanya untuk dihantar ke kedai makan dan warung yang dah order kat dia..Penuh gak van tu.. Selepas tu kami pun bergerak meninggalkan kilang tu..

Sepanjang perjalanan..aku terfikir dalam benak aku..rupanya gitu cara orang buat dan jual beehoon..Tukang buat, tukang hasil beehoon tak semestinya orang Islam dan Melayu walaupun jenamanya cap Menara Masjid dan guna nama Melayu Muslim..ada alamat kampung Melayu pulak tu..

Pengajarannya..jenama tidak semestinya dapat membuktikan asal-usul sesuatu makanan itu buatan Muslim sejati..Potensi untuk tipu sangat tinggi..jadi aku perlu lebih hati-hati jika nak makan..jenama boleh direka..bungkusan boleh dicetak dan dibuat..ketulenan makanan sukar utk dipastikan..

Thursday, April 8, 2010

Teh misai kucing

Minuman ini baik untuk buah pinggang. Diperbuat daripada ekstrak Misai Kucing,gula, asid malic,pengawet dan pewarna yang dibenarkan. Harganya tak mahal..cuma RM2.30 saja. Fungsinya sama macam pokok misai kucing iaitu untuk mencuci buah pinggang.Kalau nak tanam pokok misai kucing susah juga tu..Jadi dah ada dalam pasaran ni pun kira ok la juga.

Aku dah cuba minuman ni..Memang ada kebaikannya. Setakat ni aku dah minum tiga botol. Pinggang rasa lebih baik dari sebelumnya. Cuba sendiri baru tahu..sebab kos tak mahal. Minuman misai kucing ni dikeluarkan oleh Frutania Industry, Perlis.

Monday, April 5, 2010

Wahabi di Malaysia


Di Malaysia pula, Wahabi adalah perkataan misteri. Apa tidaknya, ramai yang menyebutnya atau memfitnah orang lain dengan menggunakan perkataan itu, padahal mereka pun tidak faham.

Bagi mereka, ia senjata untuk mempertahankan diri ketika dikritik. Saya masih ingat, di satu tempat di sebelah Utara, apabila ada imam yang mengenakan bayaran untuk solat dan zikirnya, lalu dia dikritik atas sikap salahguna agama untuk kepentingan diri, dengan mudah dia menjawab:

"Siapa tak setuju dengan saya dia Wahabi".

Pemberi nasihat yang barangkali tidak terdedah kepada banyak maklumat dan kali pertama mendengar perkataan itu, terpinga-pinga bertanya: "Apa itu Wahabi?".

Jawab tok imam: "Siapa yang mengkritik ustaz dia Wahabi". Maka tidaklah berani lagi 'penasihat' itu berbeza pandangan dengan 'tok imam' dan mempertikaikan infallibility ustaz, takut jadi Wahabi.

Di sesetengah tempat, seseorang dituduh Wahabi kerana menentang amalan khurafat. Umpamanya, menggantung gambar orang tertentu seperti sultan atau tok guru dengan kepercayaan boleh menambah untung atau rezeki, atau mengikat benang hitam di tangan bayi yang baru lahir atas kepercayaan menolak sial atau bala dan berbagai kekarutan yang menghantui sebahagian masyarakat.

Malangnya amalan-amalan ini bukan sahaja mendapat restu sesetengah yang bergelar 'ustaz', bahkan merekalah punca. Jika ada yang mengkritik, untuk mempertahankan diri maka 'sang ustaz' itu dengan mudahnya akan menyebut: 'awak Wahabi'.

Sama juga, mereka yang tidak bersetuju dengan kenduri arwah dituduh Wahabi. Padahal kitab Melayu lama Bughyah al-Talab karangan Syeikh Daud al-Fatani sendiri menyebut: "(dan makruh) lagi bidaah bagi orang yang kematian membuat makanan menyeru segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan demikian lagi) makruh lagi bidaah bagi segala yang diserukan dia memperkenankan seruannya".

Jika pun mereka tidak dapat menerima bahan mereka sendiri, mengapa mereka merasa diri infallible, dan mengharamkan orang lain berbeza dengan mereka dengan menggunakan senjata 'awak Wahabi'.

Sunday, April 4, 2010

Misai Kuching

Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia. Malaysia merupakan salah sebuah daripada 12 negara yang diiktiraf sebagai mempunyai kepelbagaian raya. Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth.

Pokok misai kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok perhiasan. Bunga terdapat pada 'verticil' lebih kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing.

Daun Misai Kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Daun Misai Kucing berasa licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun berjereja. Tangkai daun pendek, lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Batang pokok Misai Kucing berbentuk empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.

Herba Misai Kucing boleh ditanam sepanjang tahun dan ia boleh tumbuh setinggi 0.3 hingga 1 meter. Misai Kucing mempunyai bunga yang berwarna putih dan keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat. Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis.

Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang. Mengikut kajian yang sudah dibuat, daun nya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.

Daun misai kucing digunakan bersama hempedu bumi bagi melawaskan pembuangan air kecil, rawatan batu ginjal, reumatisme, sakit pinggang, radang ginjal, masuk angin, kencing manis dan demam.

Herba Misai Kucing telah digunakan sejak beratus-ratus tahun dahulu oleh pengamal perubatan tradisional untuk merawat penyakit berkaitan pundi kencing (seperti batu karang) dan buah pinggang.

Misai Kucing banyak terdapat di kawasan lapang seperti di tepi jalan dan kawasan tanah terbiar samada kawasan tanah rendah atau tinggi. Selain tumbuh secara liar, Misai Kucing juga ditanam di kawasan rumah sebagai tanaman hiasan kerana bunganya yang menarik.

Nama Misai Kucing diberi sempena ciri bunganya yang unik, mempunyai filamen yang panjang menyerupai misai kucing. Di Malaysia, dua varieti telah dikenal pasti berdasarkan warna bunga iaitu bunga putih dan bunga ungu. Varieti bunga putih dikenali sebagai MOS1 dan varieti bunga ungu dikenali sebagai MOS2. Terdapat perbezaan dari segi pertumbuhan antara dua varieti ini.

Kandungan ortosifonim dan garam kalium (yang terdapat pada daunnya), merupakan komponen utama yang membantu larutnya asid urik, fosfat dan oksalat dalam tubuh manusia, terutama dalam hempedu ataupun ginjal sehingga dapat mencegah terjadinya endapan batu karang.

Thursday, April 1, 2010

Celcom MMS Setting


Just a easy and simple way for Celcom MMS Setting by SMS

Type SET and send to 20999

wait for the message that replay and install/save the setting configuration

For those phone that not able to get the setting by the sms need togo to the nearest celcom center for manual configuration