Kalau nak cari ketenangan dari segala keserabutan, bahan bacaan yang terbaik adalah Quran. Aku dah cuba amalan ni.. Dulu-dulu..kepala aku semak dengan berbagai pertanyaan dan pertanyaan ini tidak ada jawapan . Tanpa jawapan, maka banyak pertanyaan yang timbul dalam kepala. Akibatnya, mata pejam tetapi minda dan jiwa tidak dapat tidur lena.
Ubatnya, hanya dengan membaca Quran. Quran yang ada terjemahan. Dengan terjemahan,aku boleh memahami apa yang dibaca. Aku boleh faham apa yang diperkatakan. Pemahaman ini menjadikan aku mengerti isi kandungan kitab itu. Banyak persoalan sudah terjawab dan tidurku menjadi lena.
Nak baca Quran ini tidak memerlukan masa yang lama. Cuma, mungkin 5 minit saja jika kesuntukan masa. Baca selepas selesai solat subuh atau selepas selesai solat asar. Jika rajin dan ada banyak masa, baca saja apabila selesai solat 5 waktu.
Baca Quran bukan sekadar melagukannya sahaja tetapi baca dengan cuba memahami apa yang disampaikan. Jika kerap dibaca, lama-kelamaan Quran itu seolah-olah menjawab persoalan yang timbul di minda. Ada pertanyaan, baca saja Quran. Dengan izin Allah, jawabnya akan kita temui juga melalui pembacaan itu.
Amalan ini perlu dilakukan sepanjang masa . Bukan hanya sehari dua. Jika tidak pernah melakukannya, maka sukar untuk percaya. Quran boleh jadi sahabat karib jika kita selalu membaca dan memahaminya. Macam-macam jawapan yang boleh ditemui..juga ubat kepada jiwa dan minda yang selalu celaru dan keliru...
No comments:
Post a Comment