Mengapa apabila memakai Dongle YES 4G di Windows 8, akan terpapar “Please Insert Your GO” ? Saya akan ajar cara-cara bagaimana anda boleh jadikan masalah ini bukan penghalang kepada anda untuk terus menggunakan Windows 8 di komputer anda. Ramai rakan-rakan di sekolah alami masalah yang sama dan belum ada penyelesaiannya.Anda mesti ingat, tutorial ini hanya untuk pengguna Windows 8 sahaja kerana option ini tidak wujud di Windows 7 mahupun Vista kerana option baru diwujudkan di Windows 8.
1) Masukkan Dongle anda ( dongle itu adalah seperti broadband yang anda bagi mereka yang tidak tahu apa itu dongle). Tidak kisah sekiranya interface YES anda masih menunjukkan “Please Insert Your Go”
2) Tekan Windows + R dan tulis “ncpa.cpl” di ruangan Open seperti gambar di bawah :
3) Maka akan terpapar Network Connections. Kemudian Right-Click di Yes GO dan pilih Properties.
3) Maka akan terpapar Network Connections. Kemudian Right-Click di Yes GO dan pilih Properties.
4) Seterusnya, akan terpapar Local Area Connections Properties seperti gambar di bawah dan Check di Microsoft LLDP Protocol Driver seperti gamabar di bawah ini dan tekan OK :
4) Seterusnya, akan terpapar Local Area Connections Properties seperti gambar di bawah dan Check di Microsoft LLDP Protocol Driver seperti gamabar di bawah ini dan tekan OK :
Sudah tekan OK? seterusnya cabut dongle anda dan restart komputer anda. Insyaallah anda tidak akan ada masalah lagi.
Masalah kedua : Yes dongle tidak detect pada semua windows.
Bagi masalah ini,anda disarankan untuk muat turun driver dan utiliti dilaman web yes atau klik sini untuk muat turun.Utiliti digunakan untuk membuang aplikasi seperti celcom,maxis dan digi broadband.Sekiranya aplikasi ini masih ada dalam komputer anda,donggle tidak akan detect.
No comments:
Post a Comment