Pages - Menu

Monday, March 8, 2010

Tugasan terakhir...Batik Hiasan

Ini tugasan terakhir yang diberikan kpd aku dan rakan-rakan ...Batik hiasan pula...Selepas ni tak ada tugasan dah..sebab dah habis...selesai .. lega aku..
Aku hasilkan batik hiasan ni dengan cara yang paling 'sempoi'..aku tak mau pening kepala dah..canting aku tak mau beli..jadi aku buat sendiri.. jika beli terbang pula duit aku Rm10/.. buat sendiri jimat duit..free of charge..sekupang tak abis..pakai bahan terbuang saja..

Lilin pun aku gunakan lilin biasa...tak beli lilin yang dibuat khas untuk membatik..semua nak jimat duit..warna pula aku cuma guna water colour ja..lukis atas kertas lukisan saiz A2..Ha..kan jimat sikit..padanlah dengan markah yang diberi...cuma 10 % ja..Takkan nak kena keluar modal banyak..tak berbaloi.. Asalkan projek ni diterima dan dapat markah yang sepadan , cukup la...

Garisan lilin ni agak besar sebab canting tu aku buat sendiri dgn menggunakan aluminium foil kat tin susu tepung..Kekadang lilin ni terlalu cair..susah juga nak kawal aliran lilin tu..

Setelah siap diwarnakan, aku pun gunakan 'mounting board' untuk jadi kan frame..Sembur sikit dengan 'Clear' supaya berkilat. Sudah siap da...Tak upah pusat kraf tangan noo...

Nak dapat 10% markah ni pun habis banyak duit juga..Kertas lukisan saiz A2 dijual satu buku..bukan satu keping..dah berapa ringgit..lebih Rm10. Mounting board Rm3, warna air Rm8, lilin lagi..spray clear Rm8.Tu nasib tak beli canting, lilin batik dan warna batik..Kalau tidak, kos tentu melambung lebih tinggi lagi..nak dapat markah 10% ja..Gitu la adanya..

No comments: