Pages - Menu

Wednesday, March 3, 2010

Senja dan Kematian di Sungai Dedap

Senja di Sg Dedap..saat ni aku dan keluarga sedang menunggu untuk urus jenazah dikebumikan.. Jenazah meninggal dunia jam 1.40 petang..Sampai senja belum dapat nak dikebumikan ..sebab liang tak siap. 'Dah nak siap ',kata org masjid. 'Lepas Isya boleh simpan'. Jadi , mau tak mau kami terpaksa menunggu..

Sekarang musim kemarau. Kawasan ni pula tanah bendang. Tanah jadi keras dan liat semacam.susah untuk digali. Liang kubur digali dengan menggunakan khidmat dua orang penggali kubur. Di sini tak boleh guna jentera pengorek sebab kawasan kubur yang terlalu sempit. Jadi perlu buat dengan tangan.

Selepas Maghrib, jenazah dibawa ke kawasan perkuburan dan dikebumikan selepas sembahayang Isya. Ramai yang sembahayang jenazah. Penuh masjid dengan jemaah yang dibawa dari beberapa buah pondok berdekatan.

Jam 10.45 malam barulah aku dan keluarga boleh keluar dari kawasan perkuburan. Bincang pula sedara-mara untuk selesaikan kos pengebumian. Semua kos kebumikan mayat Rm3000 , dibahagikan kepada empat orang anak. Selesaikan tentang kos, aku rileks sekejap..berbual dan bertegur-sapa dengan sedara mara yang dah lama tak jumpa..Sesetengahnya aku dah tak kenal.

Yang tua semakin bertambah tua. Yang muda pula dah jadi tua..ada uban dah..Dulu gagah perkasa, sekarang bertongkat dan meraba-raba.. Kasihan ..Jumpa dengan mami dan mamak Penang..ramai juga..Boleh dengar macam-macam cerita. Gitu la jika lama tak jumpa.

Hampir jam dua pagi, barulah aku dan keluarga boleh berundur untuk pulang ..Esok kerja, anak-anak nak sekolah pula. Ya...aku perlu memandu pula..menuju ke utara..hampir 100km sebelum aku boleh melelapkan mataku. Dalam perjalanan pulang yang kelam dan sunyi itu, aku teringatkan kata-kata kakak iparku tentang kos pengebumian jenazah tadi.."Kalau tak dak duit, kita tak boleh mati. ".

No comments: