Pages - Menu

Tuesday, February 23, 2010

Streamyx Oh Streamyx....

Kepada Encik .................

Terima kasih di atas e-mel anda kepada TM.

Kami merujuk kepada maklumbalas anda mengenai isu sambungan Streamyx, setelah disemak dalam sistem, kami dapati laporan anda (1-5921847222) kini dalam status siasatan oleh pihak Teknikal. Kami telah memaklumkan kepada mereka untuk mempercepatkan proses siasatan dan anda akan dihubungi untuk sebarang bantuan selanjutnya. Diharap anda dapat bersabar sehingga masalah ini dapat diselesaikan.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau maklumbalas, sila e-mel kami di help@tm.com.my.
Anda juga boleh menghubungi TM di talian 100 and pilih "Perkhidmatan Internet" untuk bantuan lanjut.

Kami amat menghargai maklumbalas anda dan akan terus berusaha untuk mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan kami.


Yang Benar,

Nurashyiken binti Jamil
Customer Care Support, Internet Services,
Customer Service Management,
TM Retail.

www.tm.com.my

(ICOMS#9554276-689775)


-----Original Message-----
From:............................@gmail.com>
Sent: Tuesday, February 23, 2010 8:02 AM
To: help@tm.com.my
Subject: aduan kerosakan

Saya telah membuat aduan kerosakan streamyx pada 20 / 2 / 2010 jam 6.00 ptg kepada pihak Tm melalui talian 100.Nombor report aduan tersebut ialah :
1-5921847222.
Kerosakan tersebut telah dibaiki pada 22 / 2 / 2010 jam 12 tengah hari.

2. Malangnya kerosakan tersebut berulang semula kira-kira pada pukul 10 malam 22 / 2 / 2010 hingga ke hari ini.

3. Sambungan internet tidak dapat dilakukan . Lampu DSL pada modem berkelip-kelip . Saya mengesyaki kerosakan adalah pada ibusawat pihak Tm.

4. Untuk makluman pihak Tm, kerosakan ini adalah terlalu kerap dan jika dibaiki, capaian internet itu tidak dapat bertahan untuk tempoh yang lama . Saya telah membuat laporan kerosakan seperti berikut :
a. 24 / 5 /2009
b. 1 / 6 /2009 - no report:049867153
c. 13 / 1 / 2010 - no report: 1-5507228862
d. 15 / 1 / 2010 - no report : 1-5507228862
e. 21 / 1 / 2010 - no report : 1-5659201904
f. 20 / 2 / 2010 - no report : 1-5921847222

5. Saya amat tidak berpuas hati dengan keadaan perkhidmatan streamyx yang diberikan oleh pihak Tm kerana saya terpaksa menjelaskan segala bil perkhidmatan sedangkan perkhidmatan streamyx pula seringkali terganggu. Untuk peringatan pihak Tm, perkhidmatan ini bukanlah diperolehi secara percuma. Sewajarnya, gangguan ini perlu diberikan rebat dan bukannya
membayar bil secara penuh.

6. Diharap pihak Tm dapat mengambil tindakan yang sewajarnya sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab dan bukan sekadar melaungkan retorik palsu kepada pengguna.

Sekian, terima kasih.

...............................................
Username : .........................

1 comment:

Anonymous said...

Service TM memang teruk, sebab takde pesaing! kalau ada talian rumah selain TM, dah lama rakyat Malayia bertukar ke perkhidmatan lain.