Pagi tadi aku dan kekawan ternampak suatu sarang lebah dlm kawasan kami. Sarang tu kecik saja. Lebah ni sebenarnya dah menyerang kawan aku tu sebab kawan tu nak potong pokok tempat geng dia bersarang.Tetapi lebah ni bukannya dari jenis yang ganas. Lebah ni dikatakan dari jenis lebah lalat.Jenis lebah kecil...Jadi sarang lebah ni pun kecil juga. Sarang lebah ni rendah saja. Boleh capai dengan tangan..Walaupun kecil tapi kalau disengat tu sakit juga la..Setelah dilihat keadaan sarang lebah tu, diyakini bahawa sarang ni memang ada madu..Best tu..bab madu ni yang syok ..Jadi kekawan aku nak ambil madu dari sarang ni..Part ni kena tunggu..Bahagian mengasap ni tak sempat nak ambik gambar..Kalut jadinya...
Setelah kena asap, semua lebah tu cabut lari meninggalkan sarang. Jadi mangsa ler sarang tu. Ni la rupa sarang tu setelah ditinggalkan oleh penghuninya.
Ini pula bentuk sarang tu jika dilihat dari sudut yang berbeza. Sarang ni rasanya macam lilin jika kita sanggup memakannya.
Dalam sarang ni ada anak-anak lebah yang masih belum menetas. Bahagian yang berwarna putih tu adalah anak-anak lebah tu. Ada kekawan yang makan anak lebah ni dengan cara mencicahnya dengan madu..cicah dan terus makan...nyammm...nyamm...
Ni proses nak mengeluarkan madu dari sarang tu..banyak juga madu tu sebab sarangnya kecil saja..Boleh la nak bagi kekawan merasa madu segar...Bukan senang nak jumpa macam ni..
Tu dia..madu..besttt...kuning emas warnanya..tadah cepat-cepat. Jangan bagi tumpah..rugi oi jika tertumpah..
Haa...ni la hasilnya...mai kita pakat-pakat rasa..Tapi ingat no..tak leh makan banyak..sat gi rasa panas satu badan lak. Satu gi..yang masih bujang dan tak dak pasangan tu ..jangan dok cuba no. nanti tak senang duduk pula...Biar orang dewasa saja yang mencuba..emmm..best...
No comments:
Post a Comment