Malas...aku jadi malas sejak akhir-akhir ni..Malas nak baca buku. Malas nak update blog.Juga, aku cukup malas nak siapkan asigmen yg diberikan walaupun asignmen tu cuma tinggal dua saja lagi. Dua asignmen yang terakhir. Selepas ni aku tak perlu dah bersusah payah utk siapkan asignmen lg..Tapi aku rasa cukup malas sekali..
Mengapa aku malas sekali sejak akhir-akhir ni seolah-olah aku dah tiada lagi semangat untuk terus berjuang...Mana perginya semangat aku? Aku cuba untuk menyalahkan keadaan cuaca di Perlis yg tersangat panas sekarang ni sbg alasan utk aku jadi malas...dan terus bermalas-malas..
Kelmarin..jangkasuhu menunjukkan takat suhu sampai 34C..Patut panas sekali...Ini suhu dalam bangunan..Kalau kat luat entah ler..Hujan pula masih tak turun-turun..Sampai bila kemarau ni? Takkan tak turun dah hujan ni..Aduh..panasnya..Bekalan air pula terputus ..Negeri hanya sebesar semut, bekalan air pun tak terurus..JBA oh JBA...
Mungkin cuaca yang panas menjadikan manusia hidup serba tak kena..Mudah marah dan naik angin. Hidup jadi tak selesa..Cepat dahaga..dahaga air dan mcm-mcm..dah tu mudah pula nak demam..Ditambah pula semua harga barangan melambung-lambung naiknya...
Jadi aku semakin panas...Panas serba-serbi...
No comments:
Post a Comment