Pages - Menu

Wednesday, July 15, 2009

Kolej Sains Kesihatan Sg Buloh

Menunggu memang suatu penyiksaan...menanti suatu urusan diselesaikan...tunggu dan tunggu. Kena pula menunggu di tengah panas ..aduh..macam dipanggang dalam oven. Letih dan tak larat setelah semalaman memandu jauh dari Perlis ke Sungai Buloh. Apabila sampai kena 'q' pula. Cari tempat parking pun tak der. Jenuh aku...menunggu supaya proses pendaftaran kemasukan anak sulung ku ke kolej ini selesai dengan segera.


Selesai pendaftaran dan taklimat, ada satu lagi kerja perlu dibuat. Proses penempatan..masuk asrama ler..Asrama berada nun di sebalik bukit..merangkak kereta buruk aku mendaki bukit tu..bilik terletak di tingkat lima..Berpeluh memanjat anak tangga asrama ni.

Asrama ni terletak dalam satu kawasan berpagar besar. Selepas tu jumpa lagi pagar. Masuk dan jumpa pagar ketiga dan selepas pagar keempat, baru boleh masuk ke asrama tu..Penuh dengan pagar..macam tinggal dalam penjara..Heh..heh..Penjara Kolej Sains Kesihatan...tapi bagus juga untuk keselamatan.

Aku amat berharap semoga lapisan pagar-pagar ni benar-benar berfungsi..bukan sekadar sebagai alat penjamu mata sahaja dan semoga pagar ini bukanlah seperti peribahasa "harapkan pagar, pagar makan padi".

Maka aku sebagai seorang bapa pun memulakan tugasku mengangkut segala harta benda anakku ke bilik barunya di tingkat lima. Empat kali aku naik turun tangga asrama tu. Waduh...penat dong...!! Tapi sebagai seorang bapa , aku tak boleh menunjukkan kelemahan aku. Walau pun penat, aku mesti tunjukkan bahawa aku kuat dan tak mudah mengalah.

Jam dua petang, selesai semua kerja mengangkut barang tu. Cepat-cepat kami makan kat kafe di situ. Bagus juga kafe tu.. Makanan banyak pilihan. Layanan baik, mesra dan amanah. Aku ada alasan tersendiri untuk kata begitu.

Selesai makan , anakku dan kekawannya akan berjalan kaki ke kolej untuk memulakan Minggu Orientasi. Selepas bersalaman dan berpesan serta berceramah sedikit tentang tanggungjawabnya, kami pun bertolak pulang ke Perlis. Semoga anakku tabah untuk memulakan pelayaran hidupnya sebagai seorang manusia..

Aku pula terpaksa memandu sekali lagi untuk perjalanan pulang ke Perlis...nun jauh di utara. Perlis...permai lagi istimewa. Mai la ke Perlis..makan mempelam Harumanis..

No comments: