Pages - Menu

Wednesday, July 29, 2009

Lukisan: Pen Teknikal

Semasa sedang duduk mendengar ceramah tu, dah boring telinga ni mendengarnya.. maka tangan aku pun isi rasa boring tu dengan menconteng kertas yang dibawa. Kena pula 'mood' masa tu kira agak baik..Tangan pun bergerak lancar.Lukisan ni menggunakan teknik Garisan Conteng (Scribbling),Teknik Garisan Selari (Hatching) dan Teknik Garis silang(Crosshatching).Sedar tak sedar...habis ler dakwat pen tu..

Lukisan ni pun serupa juga. Menggunakan teknik yang sama tetapi lebih kepada lakaran kasar jer. Menconteng ni seronok juga..jika yang diconteng tu agak menjadi..patutlah kanak-kanak suka menconteng kat dinding..best rupanyer..

Monday, July 27, 2009

Pensel & pensel warna



Menurut Kamus Oxford Fajar , lukisan didefinisikan sebagai "art of representing objects by lines with pencil, chalk,etc.Dalam erti kata yang lain, lukisan dimaksudkan sebagai seni penggambaran benda-benda dengan garis, menggunakan pensel, kapur dan lain-lain.

Teknik titik (Stippling)


Lukisan ni dihasilkan dah lama dah.. kalau tak silap sekitar tahun 1986 kot..dihasilkan dengan menggunakan teknik titik atau stippling. Susah gak nak buat lukisan macam ni.. Lambat macam kura-kura..titik satu demi satu titik..Lukisan ni dihasilkan dengan menggunakan pen teknikal.
Tapi best juga..boleh release tension walau pun hasilannya taklah macam pro..

Saturday, July 25, 2009

Perjalanan ke Universiti Darul Iman


Lebuh raya yang menghubungkan Kedah-Kelantan.lebih baik daripada beberapa tahun yang lalu..jalannya lebih lurus dan elok.

Berhenti rehat untuk makan tengah hari kat Tasik Banding. Sayangnya..tasik yang indah ini tidak kemudahan untuk pengguna lebuh raya timur barat. Bilik air dan tandasnya seperti dibina oleh orang awam sahaja. Kotor , busuk dan tidak terurus tapi terima kasih ler kat orang yang bina tandas tu. Boleh juga digunakan..Jika tidak susah juga tu.

Harap-harap ler pihak berkuasa ada inisiatif untuk bina tempat rehat dan rawat yang sempurna di sepanjang lebuh raya timur barat ni. Kat Tasik Banding ni jika dijadikan satu tempat r & r ni cukup bagus sebab pemandangannya cantik dan terletak di tengah perjalanan. Pengguna lebuh raya boleh berehat dan rawat kenderaan dengan lebih baik.

Pemandangan UDM

Petang tu aku & keluarga sampai di Kuala Terengganu. Malam tu kami tidur di sebuah homestay yang disewa oleh seorang anak buah aku.Homestay tu terletak kat stadium yang runtuh hari tu. Awal pagi kami bertolak ke UDM di Gong Badak.Rupanya UDM ni letaknya bersebelahan dengan Universiti Malaysia Terengganu.


Pelajar baru mendaftar di dewan besar.


Masjid Universiti Darul Iman.Aku dan keluarga berhenti sembahayang Zohor kat sini

Kawasan sekitar masjid universiti..teduh dan banyak pokok. Aku sempat rilek-rilek sekejap sebelum bertolak ke Kota Bharu dan pulang ke Perlis.


Petang tu kami sampai ke rumah sepupu aku kat Kubang Kerian, Kota Bharu. Rumah dia terletak tak jauh daripada masjid Kubang Kerian. Lama dah aku tak jumpa sepupu aku ni..aku tengok kepala dia pun dah botak, perut pula dah buncit. Kesian gak sepupu aku ni ..dia ada masalah jantung pula..nak kena bedah tak berapa hari lagi.

Rehat-rehat kat depan rumah sepupu aku di Kubang Kerian, Kota Bharu.

Malam tu kami tidur di situ..esok pagi berangkat pulang ke Perlis. Best gak perjalanan tu...

Wednesday, July 15, 2009

Kolej Sains Kesihatan Sg Buloh

Menunggu memang suatu penyiksaan...menanti suatu urusan diselesaikan...tunggu dan tunggu. Kena pula menunggu di tengah panas ..aduh..macam dipanggang dalam oven. Letih dan tak larat setelah semalaman memandu jauh dari Perlis ke Sungai Buloh. Apabila sampai kena 'q' pula. Cari tempat parking pun tak der. Jenuh aku...menunggu supaya proses pendaftaran kemasukan anak sulung ku ke kolej ini selesai dengan segera.


Selesai pendaftaran dan taklimat, ada satu lagi kerja perlu dibuat. Proses penempatan..masuk asrama ler..Asrama berada nun di sebalik bukit..merangkak kereta buruk aku mendaki bukit tu..bilik terletak di tingkat lima..Berpeluh memanjat anak tangga asrama ni.

Asrama ni terletak dalam satu kawasan berpagar besar. Selepas tu jumpa lagi pagar. Masuk dan jumpa pagar ketiga dan selepas pagar keempat, baru boleh masuk ke asrama tu..Penuh dengan pagar..macam tinggal dalam penjara..Heh..heh..Penjara Kolej Sains Kesihatan...tapi bagus juga untuk keselamatan.

Aku amat berharap semoga lapisan pagar-pagar ni benar-benar berfungsi..bukan sekadar sebagai alat penjamu mata sahaja dan semoga pagar ini bukanlah seperti peribahasa "harapkan pagar, pagar makan padi".

Maka aku sebagai seorang bapa pun memulakan tugasku mengangkut segala harta benda anakku ke bilik barunya di tingkat lima. Empat kali aku naik turun tangga asrama tu. Waduh...penat dong...!! Tapi sebagai seorang bapa , aku tak boleh menunjukkan kelemahan aku. Walau pun penat, aku mesti tunjukkan bahawa aku kuat dan tak mudah mengalah.

Jam dua petang, selesai semua kerja mengangkut barang tu. Cepat-cepat kami makan kat kafe di situ. Bagus juga kafe tu.. Makanan banyak pilihan. Layanan baik, mesra dan amanah. Aku ada alasan tersendiri untuk kata begitu.

Selesai makan , anakku dan kekawannya akan berjalan kaki ke kolej untuk memulakan Minggu Orientasi. Selepas bersalaman dan berpesan serta berceramah sedikit tentang tanggungjawabnya, kami pun bertolak pulang ke Perlis. Semoga anakku tabah untuk memulakan pelayaran hidupnya sebagai seorang manusia..

Aku pula terpaksa memandu sekali lagi untuk perjalanan pulang ke Perlis...nun jauh di utara. Perlis...permai lagi istimewa. Mai la ke Perlis..makan mempelam Harumanis..

Lukisan


Cat air

1.
2.
3.
4.