Pages - Menu

Thursday, June 18, 2009

Permata pintar pulok dah...

Sudah empat hari bebudak aku kena menduduki ujian Permata Pintar yang dikendalikan oleh UKM . Ujian ni dijalankan secara online. Pihak pentadbir menyediakan jadual waktu bermula jam 9 pagi. Setiap kumpulan diberi masa satu jam untuk selesaikan ujian ni. Satu hari boleh ler kira-kira tiga kumpulan yang menjalani ujian ni.

Disebabkan ujian ni dijalankan secara online, maka perlulah ujian tu dibuat di makmal komputer. Maka penuh ler makmal komputer dengan bebudak. Murid yang layak menduduki ujian ni bermula dari darjah tiga hingga ke umur lima belas tahun. Semua murid tahun tingga hingga tahun enam dikehendaki mengambil ujian itu.

Masalah juga untuk kendalikan ujian ni. Antaranya berkaitan dengan kemampuan server Permata Pintar untuk menampung jumlah pengguna yang ramai dalam suatu masa secara serentak. Kerap terjadi "server error" dan service unavailable". Maka ujian tu akan terhenti setakat itu sahaja. Bebudak rasa teraniaya pula sebab proses ujian tidak dapat diselesaikan kerana masalah server pihak Permata Pintar.

Di samping itu, terdapat juga masalah dengan komputer. Nak dikata apa lagi..komputer pun dah lama..Jenama MIMOS ..Pentium III 866 saja. Guna pula Windows 98..Dah pun masuk senarai untuk pelupusan. Jadi, komputer ni sentiasa meragam...sekejap-sekejap "hang". Murid-murid pula sentiasa menjerit memanggil guru. Jenuh ler cikgu-cikgu tu menerpa ke sana dan ke sini untuk memenuhi permintaan murid-murid tu..Tu pun nasib baik ler..sebab talian internet tidak meragam.Selain itu, ujian ini mengganggu proses P & P di sekolah. Cikgu-cikgu terpaksa menghabiskan masa untuk mengendalikan ujian tersebut dan mengenepikan P & P. Di kawasan luar bandar, kebanyakan pelajar tidak biasa dengan internet dan komputer. Oleh itu , guru-guru terpaksa membimbing murid untuk menggunakan internet dan komputer semasa ujian dijalankan. Maklumat murid pun terpaksa diisikan oleh guru untuk menjimatkan masa.


Sebenarnya, bukan semua murid layak untuk menjalani ujian Permata Pintar ni kerana ujian ini menguji kepintaran IQ mereka. Sepatutnya, murid perlu ditapis terlebih dahulu. Hanya murid yang benar-benar layak sahaja dipilih untuk menduduki ujian ini. Bukannya pakai tangkap borong semua murid untuk jalani ujian tersebut. Sampaikan yang baca merangkak-rangkak pun menduduki ujian ni.Jadi, masa pun tidaklah terbuang begitu sahaja sebab guru-guru sudah tahu bahawa murid-murid yang prestasi peperiksaan di bawah A tidak mungkin akan berjaya dalam ujian tu..

Sesiapa yang berminat dengan ujian Permata Pintar ni boleh ler jengok dan tengok ujian ni kat http://www.permatapintar.com.my/. Tengok ler dan nilai sendiri ujian ni. Patutkah ujian ini diduduki oleh semua murid dari tahun tiga hingga tahun enam ??

No comments: