Pages - Menu

Tuesday, April 21, 2009

Kod babi lagi...

Kan aku dah kata dulu...20 Desimber 2008 dulu aku pernah buat catatan tentang rencana yang disebarkan oleh Dr.M. Anjad Khan tentang Kod Babi dalam blog ini. Ramai juga kekawan yang tidak percaya dengan rencana itu. Ada yang kata itu semua hanyalah satu sabotaj saja sebab tak ada bukti pun. Lagi pun makanan tu ada tanda halal.. Halalll... boleh makan laa..tapi itu tanda halal saja.

Hari ni tersiar pula dalam Kosmo .Bacalah sendiri dan fikir-fikirkan penemuan ini....Mungkin lebih banyak lagi yang akan ditemui tentang perkara sebegini.

Coklat enak import didakwa ada lemak babi

Dakwaan ini dibuat berasaskan kepada penemuan bahan kimia emulsifier yang dikatakan mengandungi lemak haiwan berkenaan dalam adunan coklat.

Emulsifier secara asasnya agen pewarna, penambah perisa dan memudahkan penyebatian serta menjadikan coklat berkilat.

Orang ramai boleh mengesan dengan mudah mana-mana jenama coklat yang mengandungi emulsifier ini dengan merujuk kepada daftar kod saintifik seperti E-100 hingga E-904 yang biasanya tertera pada belakang pembungkus coklat.

Ada sesetengah jenama coklat hanya mencetak perkataan emulsifier dan ia bahan tambahan daripada tumbuh-tumbuhan atau haiwan.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pula mendedahkan, pengusaha coklat di kebanyakan negara Barat lebih gemar menggunakan lemak babi kerana penternakannya meluas terutama di Amerika Syarikat, Denmark, Jerman dan Perancis.

Pengarah Projek PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, emulsifier memang ada dihasilkan daripada tumbuhan tapi penggunaannya sangat kecil.

“Ada juga yang menggunakan lemak binatang seperti lembu tapi itu juga sangat kecil, mereka lebih gemar guna lemak babi kerana kandungan lemaknya sangat tinggi,’’ jelasnya.

Secara saintifiknya, tubuh babi mempunyai hampir 70 peratus lemak.

Kosmo Online-Negara 21 April 2009


No comments: