Pages - Menu

Sunday, April 12, 2009

Geram...

Dua tiga hari ni aku rasa amat tidak berpuas hati. Aku tak puas hati dengan sikap kekawan aku sendiri. Sikap munafik dan suka penting diri sendiri. Ada sikap dengki dan busuk perut. Tak boleh tengok orang lain lebih sikit. Mula nak buat cerita , nak busuk nama orang lain.

Perkara yang buat aku sakit hati apabila nama aku dimasukkan dalam kes buruk sikap ni. Ini bukannya perkara besar. Cuma hal remeh-temeh saja tapi diperbesarkan. Halnya cuma kerana aku agak baik dengan dengan seseorang. Bukannya baik special pun. Cuma berikan bantuan yang diminta saja...

Sedangkan selama ini aku bersikap profesional dalam soal kerja aku. Semua staf yang minta bantuan akan dibantu secepat yang boleh sekiranya mampu untuk dibantu. Tapi peliknya , apabila aku bantu kawan yang seorang ni...mulut dah mula pot-pet-pot-pet...Cerita itu dan ini..

Tapi sebelum ni aku juga bantu orang lain buat kerja tapi tak ada pula pot-pet tu. Adakah kerana aku bantu orang lain, maka tak ada masalah. Tapi kalau bantu kawan yang seorang ni jadi masalah pulak..ada diskriminasi rupanya manusia ni.
Sepatutnya...mulut tu perlu dijaga. Kalau tak ada bukti jangan cakap.Jadi fitnah saja..naya kekawan. Ubahlah sikap dengki dan busuk perut tu. Takkanlah hanya awak seorang saja yang saya boleh tolong..Orang lain saya tak boleh bantu.Jangan ler dengki...


Kita ni sebagai orang Islam sepatutnya berpegang dengan prinsip Islam. Maksudnya semua prinsip yang Islam ajarkan kepada kita.Bukan hanya pegang prinsip dan hukum yang orang lain boleh nampak sahaja. Pegang prinsip yang orang lihat tapi prinsip yang orang lain tak boleh lihat ,langsung tak diperdulikan.


Contohnya bertudung dan menutup aurat.Ini kehendak agama.Baguslah sebab bertudung dan tutup aurat tapi yang tidak bagusnya ialah amalan mengumpat, menghina dan menuduh tanpa usul periksa. Apalah gunanya bertudung labuh tapi mulut tidak dijaga. Mengumpat dan mengata perkara yang tidak diketahui duduk perkara. Cacat agama jadinya....

Prinsip kasih sayang, hormat-menghormati, tolong-menolong sesama insan merupakan ajaran Islam yang suci. Salahkah jika kita membantu rakan yang amat memerlukan pertolongan di segi moral dan ilmu juga material. Selalunya kita amat mudah menghukum orang tanpa ambil tahu sebab dan musababnya .

Islam melarang kita menjatuhkan hukum sebegitu rupa tetapi mengapa pula kita berkelakuan sebegitu ? Adakah rakan ini tidak layak dibantu ? Mengapa dia tak boleh dibantu? Adakah Allah dan RasulNya melarang kita membantu orang yang memerlukan pertolongan?

Insaflah...dah tua dah..

No comments: