Aku cuba untuk membina arca yang jadi tugasanku semester ini dengan berdasarkan lakaran yang telah dibuat. Bahan yang digunakan adalah dawai, pye putty filla, gam, kertas surat khabar dan syelek. Tengok rasanya senang jer..kejap jer tapi hakikatnya susah daa.. Buat tak jadi. Kejap nak patah, kejap tak stabil, nak runtuh dan pecah. Berpeluh gak aku.
Baru jadi macam ni.. Rupa macam ni pun tak boleh harap lagi. Tampal putty filla kat dawai tu kadang-kala kadar keringnya tak sama. Akibatnya arca tu retak menanti belah dan akhirnya pecah berkecai pila.
Setelah proses membentuk dengan pye putty filla, aku guna pula kertas surat khabar untuk lapisan seterusnya bagi mengukuhkan arca tersebut. Kertas surat khabar ni ditampal dengan menggunakan gam jernih secara berlapis-lapis. Sikit-sikit laa. Tak boleh laju..
Dah nak jadi dah..Baru ada rupa arca. Lega sikit rasa hati. Nak jadi macam ni pun ambil masa sampai 4 atau 5 hari. Tengok simple tapi sebenarnya agak rumit juga..
Bahagian bawah ni yang paling sukar untuk diproses. Dah ler macam ni, dah tu sempit pula. Susah untuk proses menampal dan kalau salah langkah , pye putty filla tu pula yang pecah.
Tak lama dah ...Kira nak siap la ni. jangan la buatnya pecah pula..Naya aku..masa dah nak abis ni.
Ini pandangan dari bahagian atas..Ini bukan sayap tetapi gambaran buku yang mewakili ilmu..Ilmu tu tinggi nilainya...sebab tu letak bahagian atas..
Setelah kerja menampal kertas tu siap, gam pula dah kering maka aku perlu melaksanakan fasa seterusnya iaitu menyapu syelek pada arca ni. Nak sapu syelek ni pun satu masalah gak sebab aku belum pernah cuba syelek di sapu atas gam dan pye putty filla. ..
Harap-harap janganlah terjadi tindak balas kimia yang aku tak pernah tengok. kalau terjadi macam tu , punah ler aku. masa dah semakin suntuk dan aku pun dah naik boring tengok projek ni...
Tapi selepas aku cuba sikit, aku tengok tak der apa pun yang terjadi.. Nampak cantik lak apabila disapu dengan syelek...Jadi sapu ler lebih banyak lagi..
Jika dipandang, arca ni kelihatan seolah-olah dibuat daripada ukiran kayu pula..wal hal dibuat dari kertas dan pye putty filla.
Inilah hasil kerja dan eksperimen aku...Dah sedia untuk dimasukkan ke dalam kotak untuk dihantar kat En. Kassim...pensyarah aku ler..Bagi ler dapat A...Amin.