Dalam sebuah kisah, Ibrahim b. Adham sedang berjalan-jalan di negeri Basrah. Penduduk Basrah melihatnya segera datang dan bertanya, "Ya, Ibrahim! Mengapa doa kami tidak dimakbulkan, padahal Allah telah berfirman,
"Apabila hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka katakan bahawa aku dekat. Aku memakbulkan doa orang yang berdoa, apabila ia berdoa kepadaKu... " 2:186."
Lantas Ibrahim menjawab, "Wahai penduduk Basrah, hal itu adalah
kerana HATI kalian TELAH MATI dengan 10 perkara.
Jika begitu, bagaimana ALLAH akan memakbulkan doa kalian?"
"Ya Ibrahim, apakah 10 perkara itu?" Tanya penduduk Basrah....
1. Kamu kata kamu kenal Allah tetapi kamu tidak pun berusaha
menunaikan amanah dan tanggungjawab kamu kepadaNya.
2. Kamu kata kamu membaca Al-Quran tetapi kamu tidak pun beramal
dengannya. ( membelakangi Al-Quran dalam hidup seharian ).
3. Kamu kata Syaitan itu musuh kamu tetapi kamulah kawan karibnya
malah kamu mentaati perintahnya.
4. Kamu kata kamu Umat Muhammad s.a.w. tetapi kamu tidak pula
melaksanakan segala sunnah-sunnahnya.
5. Kamu kata kamu ingin memasuki Syurga Allah tetapi kamu tidak
melaksanakan amalan yang akan membawa kamu ke syurga.
6. Kamu berdo'a memohon jauhkan dirimu dari api Neraka tetapi kamu
masih juga melakukan amalan yang akan mencampakkan kamu ke
Neraka.
7. Kamu kata kematian itu benar, tetapi kamu tidak pula bersedia untuk
menghadapinya malah seolah-olah kamu hendak kekal selamanya dengan
kehidupan dunia.
8. Kamu sibuk dengan memperkatakan keaiban dan kelemahan orang lain
tetapi kamu lupa dengan keaiban dan kelemahan diri kamu sendiri.
9. Kamu setiap hari menggunakan nikmat pemberian Allah tetapi kamu
tidak mahu bersyukur.
10. Kamu kebumikan saudaramu yang sudah meninggal dunia tetapi kamu
langsung tidak mengambil iktibar dan pengajaran dari apa yang kamu lakukan.
Ampunilah aku...Ya Allah..
No comments:
Post a Comment