Ini dari kaca mata seorang lelaki. Bagi lelaki sememangnya perempuan itu rumit. Dan sebaliknya perempuan juga menyatakan lelaki itu rumit. Memang kedua-duanya rumit tetapi yang penting kalau kedua-duanya saling memahami, semuanya akan selesai.
- Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu cuba "mengorat" dia...Sebaliknya jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong..
- Jika kamu berpakaian segak, dia fikir kamu cuba untuk menggoda perempuan lain..Sebaliknya jika tidak dia akan kata kamu kekampungan..
- Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu tak pernah dengar cakap dia..Sebaliknya jika kamu berdiam diri, dia kata kamu dah bosan dengan dia..
- Jika kamu lebih pintar dari dia, dia akan cari "point" untuk jatuhkan kamu..Sebaliknya jika dia yang lebih pintar, dia kata "eh! nak melawan pula"..
- Jika kamu share masalah dengan dia, dia akan dengar tapi dalam hati "tu masalah kamu"..Sebaliknya jika tidak, dia tuduh kamu merahsiakan sesuatu daripadanya..*
- Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti tidak memahami..Sebaliknya jika dia cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat..*
- Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai dan di cop sebagai lelaki penipu..Sebaliknya jika dia yang ingkari janjinya, dia akan beri 1001 alasan untuk "cover"..*