Pages - Menu

Tuesday, May 21, 2013

Demi masa....

Masa...
Allah Yang Maha Kuasa yang menjadikan masa. Kita yang menggunakan masa dengan cara kita sendiri.Masa diurus dengan pelbagai cara.Ikut suka kitalah nak urus masa tu macam mana pun..sebab akibatnya kita yang tanggung...

Sehari cuma ada 24 jam saja...tak lebih  dan tak kurang..jika sesuatu perkara @ benda tu dianggap penting...maka kita sanggup memberikan masa ...jika kita suka @ minat pada sesuatu...kita juga sanggup korbankan masa yang kita ada....cuma untuk melakukan perkara yang kita minati.

Tetapi...jika perkara @ benda yang kita tak suka dan tak minat...kita tak sanggup nak korbankan masa untuknya... Jikalau ada masa diberi untuk perkara yang tak disukai..itu pun diberi dengan tanpa rela..

Jadi...kalau kita kata kita tak ada masa untuk sesuatu yang diminta...maka itu menunjukkan minat dan sikap kita terhadap orang dan perkara yang dikata..Dalam erti kata lain...pengurusan masa kita menunjukkan kepada orang lain tentang minat,suka , benci @ apa sahaja..

Maksudnya..kalau kita suka...kita akan reka dan cipta masa untuk penuhi permintaan itu...tetapi jika kita tak suka @ tak ambil berat akan permintaan orang itu.. maka kita akan kata..."Apaa..ingat dok tunggu tang tu saja..tak dak kerja nak buat.Banyak lagi kerja yang penting..Fikirlah..dah tua pun tak tau nak fikir lagi..."

Begitulah jikalau dah tak suka...maka disalahkannya faktor masa..Jadi..terima sajalah ....


No comments: