Pages - Menu

Saturday, September 22, 2012

Enjin keretaku berasap...

Kisah ni dah lama berlaku...sekitar hujung tahun 1994 sewaktu aku dalam perjalanan dari Ayer Tawar , Perak menuju ke kampung halaman...bertukar..pindah balik kampung. Pada mulanya kereta ni okey saja. Kereta kecil, jenis Daihatsu Charade. Kereta pertama aku.


Ketika aku sekeluarga melepasi  Plaza Tol Juru, tiba-tiba saja enjin kereta ni jadi senyap ..tidak berbunyi. Nampak kepulan asap keluar dari arah bonet kereta ni.Nasib baik kereta ni masih sempat meluncur ke tepi lebuh raya..jika tidak tentu kami sekeluarga boleh jadi aruah dilanggar kenderaan yang berduyun-duyun di situ.


Kereta berhenti di tepi lebuh raya. Keluar dan buka bonet. Kepulan asap keluar menyerbu keluar dari enjin. Sah..enjin aku dah terbakar. Kira-kira sepuluh minit kemudian, biras aku cuba buka tutup radiator .Dia ambil air sejuk dalam tong dan dia nak tuang ke dalam tangki air. Aku cuba larang sebab aku pernah dengar mekanik jiranku bagi tahu jangan tuang air sejuk jika enjin sedang panas. Tetapi biras aku tak mahu dengar cakap aku.Dia tuang juga air tu..Nah..apa lagi.. Air yang dituang bertukar menjadi wap..tuang lagi..keluar wap...tuang lagi sampai air habis..


Dia cuba hidupkan kereta tu...mana nak hidup dah..enjin dan lingkup..Akhirnya trak tunda sampai. Tarik kereta ku ke bengkel. Di bengkel, mekanik tu kata enjin mesti rosak..semua mesti bengkok sebab air sudah kering..dah tu tuang pula air sejuk semasa enjin panas..head dan injap mesti bengkok.

Akhirnya..memang sah enjin aku rosak teruk. Terpaksa beli enjin dari kedai potong. Banyak duit aku habis.Dah beli enjin..kena upah pasang lagi..Campur tolak semua...kering poket aku..

Semua ni sebenarnya salah aku..sebab lalai, malas dan suka tangguh untuk servis kereta. Sebelum ni aku dah tahu radiator kereta aku tu selalu cepat kering airnya..tapi aku malas nak buat servis sebab tak jalan jauh. Kedai servis radiator bukannya jauh dari rumah..0.5km saja ..Aku tangguh untuk servis...tangguh dan tangguh..sehingga radiator kering air dan kereta terbakar enjinnya..padan muka aku.


Pengajarannya..lain kali..jangan suka tangguh kerja..buruk akibatnya..

No comments: