Pages - Menu

Saturday, May 5, 2012

Kunjungan Di Raja...

Hari ini.. 5 Mei 2012...rumah ibu bapaku dikunjungi oleh YTM Raja Muda Perlis , Raja Puan Muda dan puterinya..serta rombongannya. Riuh-rendahlah rumah orang tua ni sejak dari awal pagi sehingga tuanku dan rombongan bertolak pulang.
Awal pagi..berbual-bual sementara menanti tetamu tiba..dijangka tiba jam 10 pagi..


Semakin ramai yang datang menunggu ketibaan YTM Raja Muda...

Sementara menunggu YTM Raja Muda tiba..pelajar KTP bergotong-royong membersihkan kawasan persekitaran..terima kasih banyak-banyak..


Tu dia..rombongan YTM Raja Muda dah sampai...


YTM Raja Muda tiba dengan menunggang basikal...


Ampun tuanku...selamat datang..jemput masuk..


YTM Raja Muda dan Raja Puan Muda Perlis..


Bermesra dengan anak saudara kesayangan ibu bapaku..


Berbual mesra dengan ahli keluarga..


Depa pun nak bergambar dengan YTM Raja Muda..


YTM Raja Muda dan Raja Puan Muda dah nak balik..salam dulu no..


Bergambar ramai-ramai dengan pelajar KTP...


Senyum semua..


Ada lagi yang nak bergambar dengan Puteri YTM Raja Muda..


Selamat jalan , tuanku...mai la lagi ..


YTM Raja Puan Muda bertolak pulang..


Pelajar KTP..


Terima kasih noo..kami nak balik dah..

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini. Terima kasih daun keladi..kalau ada peluang kita jumpa lagi..di lain kali..
Terima kasih.















Friday, May 4, 2012

Daun kari..


Pokok kari atau nama  saintifiknya Murraya Koenigii  tergolong dalam keluarga Rutacaee.Daun pokok kari ni amat simonim dengan orang Melayu..juga orang India. Kalau tak silap..orang India panggil karipole..Orang Melayu cukup suka daun kari. Kalau nak buat kari..kena ada daun karipole ni..sebab tu orang Melayu panggil daun ni daun kari..Depa tak panggil daun karipole ni daun sup @ daun sayur @ apa-apa saja..tapi kena panggil daun kari ..



Di sini ada satu analogi tentang daun kari...Daun kari diibaratkan macam orang @ orang diibaratkan seperti daun kari. Sewaktu makcik-makcik nak buat kari kepala ikan yang best tu..depa mesti bubuh daun kari. Kalau tak dak daun ni ..depa mesti kata tak best. Jadi..kalau daun kari tak ada..maka pak cik-pak cik kena la cari daun ni supaya makcik-makcik boleh buat kari yang best-best.Jika pakcik kata daun kari tak ada (malas nak pi cari)..maka makcik akan jawab..tak payah buat kari la hari ni..sebab kari tu mesti tak sedap..Nampak sangat seolah-olah bahawa daun kari ni sangat tinggi statusnya dalam resepi kari para makcik ni..






Apabila daun kari dah ada, daun ni akan ditumis dan dimasak bersama bahan resepi kari. Baunya akan menimbulkan rasa sedaap pada deria hidu manusia.Masak sampai jadi kari yang sangat sedap. Setelah siap dimasak maka kari ni siap sedia untuk dihidangkan untuk makcik dan pakcik sekeluarga.


Setelah dihidangkan, kari ni dimakan oleh manusia yang memakannya. Isi kepala ikan, kepala ikan dan kuah kari diratah sampai licin . Malangnya daun kari yang sangat dipentingkan oleh makcik semasa nak memasak tadi tu tak ada sesiapa pun yang teringin nak makan. Daun kari ni macam dianggap menyemak mangkuk kari saja lalu dikais-kais ke tepi atau dibuang ke tepi pinggan pula. Begitulah nasib daun kari..




Analogi ni sama macam nasib manusia yang selalu dianggap penting oleh sesetengah kawan, rakan.@ teman. Semasa memerlukan kawan ni..depa akan cari kawan ni..depa panggil,,depa sms..depa telefon dan macam-macam lagi..macam la kawan ni amat penting dalam hidup depa....seolah-olah kalau kawan ni tak ada..hidup depa tak sempurna..namun setelah semua yang dihajati manusia tu selesai..kawan ni selalunya akan dilupakan..macam daun karipole tu..depa kais dia ke tepi pinggan @ mangkuk saja..menyemak ....


Tak gitu kekawan..karipole kah aku???