Pages - Menu

Tuesday, February 28, 2012

Puasa elak otak mengecut


LONDON 28 Feb. - Kajian saintifik perubatan Barat mendapati berpuasa dua kali seminggu boleh mengelakkan otak individu daripada mengecut dengan pertambahan umur, selain manfaat kepada mereka yang menghidapi penyakit jantung, diabetes dan kanser.


Berpuasa pada masa dulu pernah digunakan dalam rawatan perubatan namun kajian terbaru menunjukkan ia perlu diterapkan semula.Ini kerana ia mampu mencetuskan pelbagai hormon yang membantu meningkatkan kesihatan selain perubahan metabolisme badan.


Berpuasa selama beberapa hari hanya melibatkan pemakanan makanan antara 500 dan 800 kalori sehari sahaja berbanding hari biasa iaitu 2,000 kalori bagi wanita dan 2,500 kalori (lelaki).Ia menurunkan tahap hormon yang dikaitkan dengan kanser dan diabetes selain kolestrol 'tidak baik' dan triglyceride dalam darah serta pengurangan radikal bebas, molekul yang dikaitkan dengan pelbagai penyakit.


Ketua Neorosains Institut Penuaan Nasional Amerika Syarikat (AS), Profesor Mark Mattson berkata, faedahnya sama seperti anda bersenam. Ia boleh melindungi otak daripada penyakit kemerosotan otak seperti Alzheimer dan Parkinson.
Dalam satu kajian yang dilaporkan oleh Jurnal Obesiti Antarabangsa tahun lepas, sekumpulan wanita obes dan gemuk diberikan pemakanan melibatkan 1,500 kalori sehari untuk satu minggu.

Satu lagi kumpulan diberikan pemakanan 500 kalori untuk dua hari dan kemudian 2,000 kalori setiap hari pada lima hari seterusnya.Pakar diet Universiti Manchester, Dr. Michele Harvie yang mengetuai kajian itu berkata, kedua-dua kumpulan menunjukkan penurunan berat badan yang sama selain pengurangan sama penanda biologi yang boleh meningkatkan risiko kanser. - Agensi

Wednesday, February 22, 2012

Besi Terbang


Masa aku bebudak dulu..ada seorang tua di hujung kampung. Nama dia Tok Adam. Tok Adam ni adalah laki kepada Tok Hawa. Jadi orang kampung selalu panggil depa berdua ni Tok Adam Tok Hawa @ Tok Hawa Tok Adam.

Tok Adam ni banyak bercerita tentang kisah hidupnya dulu-dulu kat aku. Salah satunya adalah tentang 'besi terbang'. Ikut kata Tok Adam, masa tu..dia masih budak lagi tapi dah boleh ingat peristiwa yang berlaku.

Zaman tu..bukannya macam zaman la ni..ada macam-macam. Dulu tak dak apa pun..Bebudak cuma main kat bendang saja. Motor jarang-jarang boleh jumpa..Kereta apa lagi. Benda lain tok sah cakap laa..

Sewaktu dia dan kekawannya asyik bermain-main kat bendang tetiba saja dia dan kawan-kawannya terdengar bunyi yang sangat kuat. Jadi depa semua pandang ke arah bunyi tu..Nampak satu benda warna hitam sedang terbang di udara menuju ke arah mereka. Benda tu nampak besar dan terbang sangat rendah..

Apa lagi..depa semua cabut lari..Lari kuat-kuat tapi benda tu sangat kuat..Dia terbang mai atas kepala depa..Tok Adam kata waktu tu dia sangat takut tengok menatang tu..Ada sayap besar ..ada pula ekor..Tak pernah nampak benda yang serupa benda tu selama ni..Habis ketar sampai terkencing dalam seluar..
Selepas tu baru depa semua tahu..ropa-ropanya menatang yang terbang atas kepala depa tu orang panggil kapal terbang..Selepas tu depa tak heran dah kat menatang tu..cuma langut tengok saja ..tak lari dah..langut saja laa..nak naik mana boleh..zaman tu cuma orang putih saja boleh naik menatang besi terbang ni..

Heran noo..besi pun depa buat sampai boleh terbang...

Monday, February 20, 2012

Murid-muridku...

Tension betul aku ajar budak-budak dua tiga ekor ni...haram tak reti apa..Penat ajar sampai berbuih mulut..Dok buat salah juga..tak faham bahasa betul...

Tunjuk di papan hitam..pun depa buat salah juga. Ajar pakai LCD ...pun salah juga..Ajar dalam bilik berhawa dingin..tetap buat tak betul juga..Geram betul aku..terutama budak Mat Zaki tu..anak misai pun serupa juga..kerbau apa lagi..

Bebudak ni cakap saja pandai...bab mengaji haram tak boleh ..kalu bab sembang kedai kopi..depa dapat "A" la..