Pages - Menu

Friday, May 4, 2012

Daun kari..


Pokok kari atau nama  saintifiknya Murraya Koenigii  tergolong dalam keluarga Rutacaee.Daun pokok kari ni amat simonim dengan orang Melayu..juga orang India. Kalau tak silap..orang India panggil karipole..Orang Melayu cukup suka daun kari. Kalau nak buat kari..kena ada daun karipole ni..sebab tu orang Melayu panggil daun ni daun kari..Depa tak panggil daun karipole ni daun sup @ daun sayur @ apa-apa saja..tapi kena panggil daun kari ..



Di sini ada satu analogi tentang daun kari...Daun kari diibaratkan macam orang @ orang diibaratkan seperti daun kari. Sewaktu makcik-makcik nak buat kari kepala ikan yang best tu..depa mesti bubuh daun kari. Kalau tak dak daun ni ..depa mesti kata tak best. Jadi..kalau daun kari tak ada..maka pak cik-pak cik kena la cari daun ni supaya makcik-makcik boleh buat kari yang best-best.Jika pakcik kata daun kari tak ada (malas nak pi cari)..maka makcik akan jawab..tak payah buat kari la hari ni..sebab kari tu mesti tak sedap..Nampak sangat seolah-olah bahawa daun kari ni sangat tinggi statusnya dalam resepi kari para makcik ni..






Apabila daun kari dah ada, daun ni akan ditumis dan dimasak bersama bahan resepi kari. Baunya akan menimbulkan rasa sedaap pada deria hidu manusia.Masak sampai jadi kari yang sangat sedap. Setelah siap dimasak maka kari ni siap sedia untuk dihidangkan untuk makcik dan pakcik sekeluarga.


Setelah dihidangkan, kari ni dimakan oleh manusia yang memakannya. Isi kepala ikan, kepala ikan dan kuah kari diratah sampai licin . Malangnya daun kari yang sangat dipentingkan oleh makcik semasa nak memasak tadi tu tak ada sesiapa pun yang teringin nak makan. Daun kari ni macam dianggap menyemak mangkuk kari saja lalu dikais-kais ke tepi atau dibuang ke tepi pinggan pula. Begitulah nasib daun kari..




Analogi ni sama macam nasib manusia yang selalu dianggap penting oleh sesetengah kawan, rakan.@ teman. Semasa memerlukan kawan ni..depa akan cari kawan ni..depa panggil,,depa sms..depa telefon dan macam-macam lagi..macam la kawan ni amat penting dalam hidup depa....seolah-olah kalau kawan ni tak ada..hidup depa tak sempurna..namun setelah semua yang dihajati manusia tu selesai..kawan ni selalunya akan dilupakan..macam daun karipole tu..depa kais dia ke tepi pinggan @ mangkuk saja..menyemak ....


Tak gitu kekawan..karipole kah aku???









Monday, April 23, 2012

Telaga Nenas

Telaga Nenas...nun jauh di tebing Sungai Dinding. Mungkin lebih 24 km jauhnya dari pekan Ayer Tawar, Perak. Jika nak ke sana terpaksa menempuh jalan Ladang Cashwood yang dipenuhi dengan pokok koko dan kelapa serta getah. Nak sampai ke sini ..jenuh aku bertanya kat orang yang ditemui. 

Mula bertanya sejak dari Beruas..Depa kata kena pergi kat Ayer Tawar..Tanya kat Ayer Tawar..depa kata pi Cashwood dekat dengan ladang Harcroft..jalan ke Pantai Remis..Belok ke jalan ke Pantai Remis..selepas  Kg Merbau, nampak papan tanda Ladang Cashwood. Ada jalan ladang..tidak bertar..lain macam saja. Hati aku dah kurang seronok..Jauh juga dari simpang jalan masuk Ladang Cashwood ke Telaga Nenas..


Aku pernah hadir di sini...kira-kira 22 tahun yang lalu untuk memulakan karierku..
Aku, Jid, Yatin & Chon...di sinilah kami mula dipostingkan..


Zaman tu.. boleh dibayangkan  ... 22 tahun yang lalu.. jalan ke sini hanya jalan tanah tanpa tar..becaknya di musim hujan hanya Allah yang tahu..berdebunya di musim kemarau..aku dengan Jid..tunggang Honda kapcai setiap hari dari pekan Ayer Tawar ke Telaga Nenas..mencabar..memang mencabar..jika musim hujan..kami akan basah..jalan becak dan licin..berselut...kini semua tu dah jadi kenangan dalam hidupku..


Sungai Dinding.. lebih tepat mungkin hulu Sungai Dinding..Di sini aku dan kawan-kawan diajar kenal kepah, lokan, siput sudu,belitung, udang harimau , ketam , sembilang dan entah apa lagi yang telah aku lupa namanya. Di sini..setiap hari boleh makan udang besar..ketam..sembilang..waktu tu harga barangan tu masih murah..di sini juga ada banyak kolam ternakan udang harimau..ada juga ternakan ikan sangkar..kiranya makanan laut cukup mewah di sini..


 Masih aku ingat..En Shamim membawa aku dan rakan-rakan menyusuri hulu Sungai Dinding dengan sampan berenjin sangkutnya sehingga sampai ke tempat yang cukup cetek...untuk menyelam mencari kepah dan lokan.

Masa tu bimbang juga menyelam kat hulu Sungai Dinding ni..tebing sungai ni di penuhi pokok bakau. Depa kata kat tebing sungai ni ada buaya. Takut juga..mana tau..buat nya buaya tu muncul  kat situ...tapi aku tengok orang lain ok saja...



Kepah ni..nak ambil pun ada caranya. Tempat kepah ni  bersembunyi adalah di dasar sungai..Air sungai ketika tu mungkin paras dada @dagu kot..jadi kita perlu selam jika kita ni jenis ayam katik ..tetapi jika kita jenis galah..boleh la gagau dengan tangan. Dapat kepah terus kocak sampai bersih..lontar masuk sampan..sedar-sedah dah separuh sampan. Balik rumah..rebus saja ..sedappp


 Semasa aku mula tiba di sini...jeti ni belum dibina lagi..Hampir lima tahun kemudian..dah dekat nak tukar balik kampung, barulah jeti ni dibina oleh TLDM. Apabila aku dan rakan-rakan nak bertukar balik kampung, Telaga Nenas  ni dapat jeti yang elok dan jalan tar mini.
Terima kasih kepada semua penduduk Telaga Nenas..Tok Sidang, En Shamim Taib, Jamilah, Pak Husin suami isteri..Mr Sanggapa & Achi..tq..tq..

Monday, April 16, 2012

Batu karang la pulak...

Ni ada hamba Allah bagi tahu kat aku ubat untuk rawat penyakit batu karang.. Jikalau nak sembuh penyakit tu elok diamalkan ubat ni..tak pahit pun. Kalau disediakan dengan betul rasanya cuma macam air tebu saja..Aku dah cuba..


Cari pokok nenas batu. Kalau tak kenal macam mana rupa pokok nenas batu ..ni ada gambarnya. Bukan ambil buahnya tetapi daunnya.Ambil sembilan helai daun nenas batu tu..kalau daunnya kecil tetapi jika daunnya besar-besar..ambil tiga helai dah cukup..


Basuh bersih-bersih daun tu...dengan durinya sekali. Jangan dibuang durinya.Potong daun tu jadi keratan yang kecil. Masuhkan ke dalam mesin pengisar. Campurkan dengan beberapa ketulan gula batu. Masukkan dua cawan air bersih. Selepas tu kisar daun tu sehingga hancur - sehancurnya.


Selepas tu, tapis ler hasil kisaran tadi dengan penapis.Ambil airnya sahaja dan minum. Jika diizinkan Allah, batu karang tu akan hancur dan akan keluar dari pundi kencing. Selamat mencuba.

Tuesday, March 13, 2012

Mengail ikan darat..

 Di suatu petang yang panas..mak cik-mak cik syok gila memancing...pi mengai..kata orang Kedah.. ( huruf L tak bunyi ). Depa pi mengail ikan darat..ikan darat noo..bukan boya darat..Dah jadi satu hobi pulak.. kalau alih mentari..mak cik-mak cik ni dah tak boleh duduk rumah dah..panas punggung kalau duduk di rumah...

Puyu, haruan, keli dah memanggil-manggil...Tak senang duduk jadinya..Ketagih nak memancing..best kata depa..boleh release tension..
Berlatar belakangkan Gunung Jerai...sawah padi sejauh mata memandang..

Nak pi memancing ni bukan dekat..jauh ke tengah bendang.. 

Padi nan menghijau..sedang membesar..di celah pokok padi ni tersembunyi ikan puyu, keli dan haruan...juga ular..kalau jengoi kawan tu ..sahih mak cik-mak cik lari berterabur...

 Ni la hasil memancing oleh mak cik-mak cik ni... Balik nak kena besiang pulak ikan ni..lepas tu buat gulai puyu..pakai rempah giling..kuah pekat..best oii..

 Lokasi memancing..tepi parit gila..

 Anak haruan pun boleh juga..


 Dari panas terik..dah bertukar nak ke senja..balikkk... 
Malam dah mak cik-mak cik oii...balik boleh dah.. ikan pun dah balik..nak masuk maghrib dah ni..

Tuesday, February 28, 2012

Puasa elak otak mengecut


LONDON 28 Feb. - Kajian saintifik perubatan Barat mendapati berpuasa dua kali seminggu boleh mengelakkan otak individu daripada mengecut dengan pertambahan umur, selain manfaat kepada mereka yang menghidapi penyakit jantung, diabetes dan kanser.


Berpuasa pada masa dulu pernah digunakan dalam rawatan perubatan namun kajian terbaru menunjukkan ia perlu diterapkan semula.Ini kerana ia mampu mencetuskan pelbagai hormon yang membantu meningkatkan kesihatan selain perubahan metabolisme badan.


Berpuasa selama beberapa hari hanya melibatkan pemakanan makanan antara 500 dan 800 kalori sehari sahaja berbanding hari biasa iaitu 2,000 kalori bagi wanita dan 2,500 kalori (lelaki).Ia menurunkan tahap hormon yang dikaitkan dengan kanser dan diabetes selain kolestrol 'tidak baik' dan triglyceride dalam darah serta pengurangan radikal bebas, molekul yang dikaitkan dengan pelbagai penyakit.


Ketua Neorosains Institut Penuaan Nasional Amerika Syarikat (AS), Profesor Mark Mattson berkata, faedahnya sama seperti anda bersenam. Ia boleh melindungi otak daripada penyakit kemerosotan otak seperti Alzheimer dan Parkinson.
Dalam satu kajian yang dilaporkan oleh Jurnal Obesiti Antarabangsa tahun lepas, sekumpulan wanita obes dan gemuk diberikan pemakanan melibatkan 1,500 kalori sehari untuk satu minggu.

Satu lagi kumpulan diberikan pemakanan 500 kalori untuk dua hari dan kemudian 2,000 kalori setiap hari pada lima hari seterusnya.Pakar diet Universiti Manchester, Dr. Michele Harvie yang mengetuai kajian itu berkata, kedua-dua kumpulan menunjukkan penurunan berat badan yang sama selain pengurangan sama penanda biologi yang boleh meningkatkan risiko kanser. - Agensi

Wednesday, February 22, 2012

Besi Terbang


Masa aku bebudak dulu..ada seorang tua di hujung kampung. Nama dia Tok Adam. Tok Adam ni adalah laki kepada Tok Hawa. Jadi orang kampung selalu panggil depa berdua ni Tok Adam Tok Hawa @ Tok Hawa Tok Adam.

Tok Adam ni banyak bercerita tentang kisah hidupnya dulu-dulu kat aku. Salah satunya adalah tentang 'besi terbang'. Ikut kata Tok Adam, masa tu..dia masih budak lagi tapi dah boleh ingat peristiwa yang berlaku.

Zaman tu..bukannya macam zaman la ni..ada macam-macam. Dulu tak dak apa pun..Bebudak cuma main kat bendang saja. Motor jarang-jarang boleh jumpa..Kereta apa lagi. Benda lain tok sah cakap laa..

Sewaktu dia dan kekawannya asyik bermain-main kat bendang tetiba saja dia dan kawan-kawannya terdengar bunyi yang sangat kuat. Jadi depa semua pandang ke arah bunyi tu..Nampak satu benda warna hitam sedang terbang di udara menuju ke arah mereka. Benda tu nampak besar dan terbang sangat rendah..

Apa lagi..depa semua cabut lari..Lari kuat-kuat tapi benda tu sangat kuat..Dia terbang mai atas kepala depa..Tok Adam kata waktu tu dia sangat takut tengok menatang tu..Ada sayap besar ..ada pula ekor..Tak pernah nampak benda yang serupa benda tu selama ni..Habis ketar sampai terkencing dalam seluar..
Selepas tu baru depa semua tahu..ropa-ropanya menatang yang terbang atas kepala depa tu orang panggil kapal terbang..Selepas tu depa tak heran dah kat menatang tu..cuma langut tengok saja ..tak lari dah..langut saja laa..nak naik mana boleh..zaman tu cuma orang putih saja boleh naik menatang besi terbang ni..

Heran noo..besi pun depa buat sampai boleh terbang...